SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

WAKTU SOLAT

Kuala Lumpur
[Tukar Lokasi]

  GMT   8   Arah Kiblat   292° 31′ 16″
Waktu Solat
  Imsak      5:36   Subuh      5:46   Syuruk      7:01   Zohor      13:06   Asar      16:16   Maghrib      19:08   Isyak      20:17

Wednesday, December 30, 2009

RUMAH RAKAN

cb radio galaxy DX 959

bila lah aku dapat beli satu niii....ermmmmmmmmmmmmmm



ada ni br syok pakai yagi,baru blh tx depan,belakang,kanan dan kiri(barat,timur,utara,dan selatan)-harga pun blh tahan jgk ni,dah x payah pusing pakai tangan lagi hahahahahah

HF antenna-atas bumbung tingkat 9


motor YAESU ANTENNA CONTROLLER G-250












Monday, December 28, 2009

DX'ing ketibaan tahun baru 2010



Satu acara DX'ing sempena ketibaan tahun baru 2010 akan diadakan:-

Tarikh: 31/12/2009
Masa: 18.00hrs (31/12/09) to 11.00hrs (1/1/10)
Tempat: Rejab Tomyam, Batu 3, Shah Alam.
GPS Coordinate: N03 03.721 E101 33.451
Freq/ Bands: 2m, 10, 15m, 20m, 40m dan 80m
Station Masters: 9M2GTR assisted by 9M2ONE
Event Callsign: 9M4CHM

Co-ordinator: 9W2YR, 9W2MSG & 9W2CYB

Monitoring Frequencies:
9M4RBC - 147.750mhz
V44, V20


Biro Penerangan ASTRA Selangor & Kuala Lumpur

copy from: http://astra-tengah.blogspot.com/

Thursday, December 17, 2009

RAE 2009-2 SACC CONVEC






rakan ku 1kampung,1sekolah



aslkm,salam sejahtera kepada semua pengujung2,alhamdullilah peperiksaan rae 2009-2 telah berjaya diadakan di sacc convec dg begitu meriah sekali ,semakin tahun semakin ramai rakan-rakan diluar sana yg berminat dg amatur radio ni,insyallah bertambah lah lagi rakan ham aku serta rakan sehobi.
ramai jugak rakan-rakan yg memiliki 9w2 dan 9m2 datang memberi sokongan dan dorongan kpd yg hendak menduduki peperiksaan ,dapat lah aku melepas rindu kpd rakan 2,yg lama x bertentang mata,bersua muka didaratan.di sacc canvec aku telah bertemu dg rakan 1 kampung ,1 sekolah.radio amatur bukan sekadar hobi sahaja ianya dapat menyatukan ,mengeratkan silaturahim sesama insan,aku doa kan kpd semua colan-calon rae 2009-2 lulus semuanya amin....73








Tuesday, December 15, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN RAE 2009-2


aslkm,salam sejahtera kpd semua pengujung,pada 16/12/2009 (rabu) akan berlangsung nya peperiksaan rae 2009-2 di seluruh malaysia.di kesempatan ni aku mengucapkan selamat menjawab,semoga berjaya.insyaallah dg berkat dan usaha rakan 2 semua akan berjaya...AMIN.
73..........................




Monday, November 30, 2009

RAKAN LOKALAN TEMERLOH V48

9W2BDM(ABG MI)& 9W2SIA(KAK LILI)


ANTENA YAGI-BUAHTANGAN DARI 9W2BDM

9W2MHR





9W2AIQ(ABG ALIAS)



Aslkm,salam sejahtera,salam 1malaysia.aku harap semua sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta.kepada rakan-rakan yang beragama islam selamat menyambut hari raya haji pada 27/11/2009.

pada 24/11/2009 aku telah singgah di temerloh ,untuk nak mengisi minyak kenderaan dan mencari tempat untuk makan tengahari,aku cuba simplex di v48,panggilan aku dijawab oleh 9w2bdm(abg mi).abg mi menjemput aku untuk singgah di umah nya serta makan tengahari bersama,alhamdulilah ,murah rezeki(lepas makan tengahari aku)makanan memang sedap ,terima kasih kepada kak lili(9w2sia) dan abg mi sekeluarga.

ramai jugak lah rakan -rakan yang singgah diumah 9w2bdm antaranya 9w2aiq,9w2mhr,abg sarjan dan 3 orang swal(nama aku lupa-minta maaf),gembira rasa nya dapat berjumpa dg rakan2 lokalan temerloh,dapat bertentang mata,bersembang,bertukar2 pandangan dan pendapat.banyak jugak ilmu yang aku dapat pelajari dr abg mi dan rakan lokalan temerloh.
sebelum bertolak pulang abg mi memberi aku antena yagi sebagai buah tangan dari lokalan temerloh,AKHIR SEKALI TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA 9W2BDM SEKELUARGA SERTA RAKAN LOKALAN TEMERLOH SUDI MENJEMPUT SAYA MAKAN TENGAHARI BERSAMA DAN MEMBERI BUAH TANGAN,AKAN KU KENANG SELAMANYA

kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menuai padi,
kalau ada umur panjang,
harap kita berjumpa lagi.



ASLKM....................73




Tuesday, October 20, 2009

jalan-jalan base 9W2 KLT



tuan umah yg hensem abg azmi(9W2 KLT)


Hasil tangan 9w2klt -HF ANTENNA TUNER


base 9w2klt

Aslkm,salam sejahtera kpd semua pengunjung blog saya dan terima kasih atas sokongan serta galakan yg diberi selama ni.
minggu lepas ,aku sekeluarga pergi jalan -jalan umah abg azmi(9W2KLT).menarik juga bilik radio abg azmi,kebanyakan nya ada lah hasil tangan sendiri,jadi main radio amatur ni tak modal besar,janji ikut kemampuan,kalau pandai ,boleh bikin sendiri.aku rasa kalau dapat buat sendiri lagi puas hati kot.buat je ikut kita suka janji radio tak meletup.
aku kagum hasil tangan abg azmi ni,,kata nya kalau ada barangan elektronik yg lama jgn di buang mungkin berguna suatu hari nanti.

terima kasih kepada abg azmi sekeluarga sudi melayan aku sekeluarga ,sebelum aku lupa terima kasih sekali lagi kerana sudi repair aku punya cigarette lighter dan free magnetic mount ,lepas ni dapat lah aku pacak satu lg antenna atas bumbung keta...........jumpa lg,salam keluarga buat keluarga.....73

Monday, October 12, 2009

eyeball raya astra tengah 2009








aslkm,pada 10/10/2009 satu majlis sambutan hari raya astra tengah telah di adakan bertempat di umah 9w2tha(tuan haji azar) di bukit puchong,selangor.
kesempatan ni saya sekeluarga mengucapkan berbanyak terima kasih pada tuan umah dan pihak pengajur ,maljis ni memang meriah,makanan memang sedap,yang dapat penting dapat bermaaf-maafan didaratan,serta bertemu mata dengan rakan-rakan,rasanya terubat rindu dapat bertemu rakan.pada malam tu,ramai juga rakan -rakan yang hadir dari pelbagai kelab dan persatuan.
majlis juga turut dimeriah dengan pelbagai acara seperti pendaftaran kehadiran,pendaftaran kramat,jualan baju eyeball,t-shirt astra,kutipan derma untuk rakan kita 9w2 oku serta sambutan hari lahir anak tuan umah.
itu je lah gambar yang sempat aku ambik,biasa lah aku pantang jumpa rakan,ada je cerita yang nak dikongsi bersama..............
sekali lagi terima kasih banyak-banyak pada 9w2tha dan pihak pengajur(astra tengah)..............jumpa lagi...73



Monday, October 5, 2009

open house umah mak










rajin nya xyl aku...ni yang buat aku bertambah sayang ni.
elok-elok jgn sampai potong jari tau sayang...





majlis jamuan hari raya ofice ku










aslkm,gambar ni member aku ambik semasa majlis jamuan hari raya kat office,semua nya muka tgh lapar..........(biasalah pagi belum sarapan lagi)
yg syok nya 2 hari aku jimat duit makan tghari,asyik dapat makan free je,alhamdulilah rezeki bulan syawal.terima lah kpd bos2,kawan 2,yg sudi menyediakan makanan pd hari jamuan tu(sedap hingga menjilat jari).tahun depan buat lagi...

Tuesday, September 29, 2009

Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)



SKMM akan mengadakan Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2), seluruh Malaysia pada Hari Rabu 16hb Disember 2009. Untuk keterangan lanjut dan borang permohonan peperiksaan sila klik link di bawah;

Pemberitahuan: Peperiksaan Radio Amatur (RAE 2009-2)

Radio Amateur Examinations Application Form

JOM DAFTAR RAMAI-RAMAI........

Semoga Berjaya Dalam Peperiksaan Radio Amatur .....

Tuesday, September 15, 2009

1 SYAWAL TIBA LAGI


MAKE IKKE CICOH BUDU
JANGE LUPO TAMBOH SATAR
KELIK RAYO TAKSIR LAJU
NANTI RAYO DALE SEPITA

Aslkm,salam sejahtera kepada semua rakan-rakan atau kepada sesiapa saja yg kunjungi blog saya ni.1 syawal akan tiba tak lama lagi,saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ni memohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki jika ada terkasar bahasa,tersilap kata,ataupun ada menyakiti sesiapa.saya sekeluarga berharap kedatangan ramadhan dan syawal ni memberi seribu makna kepada semua.

semoga hari ni lebih baik dari semalam
esok lebih baik dari hari ini
salam keluarga buat keluarga...........................................................73


Thursday, September 10, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK YATIM-ASTRA


Lokasi : Sekolah Menengah Teknik Taiping,Perak

Tarikh : 12 September 2009

Masa : 6.00 pm

Untuk pengesahan program dan sumbangan ikhlas sila berhubung terus dengan Bendahari Kehormat ASTRA di Talian 019 - 5762734 ( 9W2BPT - Saudara Bravo aka Mohd Azaini Sham Mohd Ali ) atau di Simplex V20 ( 145.250 Mhz )

Semoga sumbangan anda memberi seribu kegembiraan pada mereka yang kurang bernasib baik.

Di harap anda juga berkelapangan datang memeriahkan suasana

Wednesday, September 9, 2009

Tingkatkan amalan di malam 10 akhir Ramadan


SEDAR tidak sedar, kini kita sudah berada di penghujung bulan Ramadan, ada baiknya jika kita renungkan kembali, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah?

"Ya Allah, bimbinglah kami mencari redhamu"


Apakah kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa? Apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah? Atau kita hanya mendapat lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?.

Sesungguhnya hanya diri kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah kita lakukan. Ini kerana ibadah puasa adalah rahsia antara seorang hamba dengan tuhannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ".

Maksudnya : " Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu " .

( H.R. Bukhari dan Muslim )


Nikmat malam sepuluh akhir Ramadan

Adalah sungguh bijak bagi kita merebut segala peluang yang Allah sediakan pada hari-hari terakhir Ramadan daripada kita mensia-siakan baki sepuluh akhir Ramadan.

Ini kerana kita tidak pasti lagi sama ada kita berpeluang atau tidak menyambut Ramadan pada tahun hadapan. Kerana sesungguhnya Allah telah menyediakan satu malam yang nilai keberkatan dan ganjaran pahala pada malam tersebut lebih baik daripada seribu bulan. Firman Allah dalam surah al-Qadar :

Maksudnya : " Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara ( yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut ) . Sejahteralah malam ( yang barakah ) itu hingga terbit fajar " .

(Surat al-Qadar ayat :1-5 )

Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut, ganjaran berlipat kali ganda. Janganlah kita seolah-olah merasakan amal ibadah kita telah banyak sehingga mengabaikan malam tersebut.

Malam Lailatul Qadar adalah malam untuk kita melipatgandakan amal ibadah dan mengumpul sebanyak-banyaknya pahala sebagai bekalan ketika bertemu Allah di akhirat kelak. Sedangkan Rasulullah s.a.w.

Sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :

"كَانَ النَِّبيُّ (ص) إِذاَ دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْياً لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ".

( Hadis riwayat bukhari )

Maksudnya : " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga " .


Lailatul Qadar anugerah untuk Umat Muhamad

Lailatul Qadar adalah malam yang dianugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w. dan tiada siapa yang tahu bila berlakunya malam tersebut walau diri Baginda sendiri. Sungguhpun demikian, Baginda menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari :

"تَحَرَّواْ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنَ الْعَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ".

Maksudnya : " Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan " .

( Hadis riwayat bukhari )

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil. Janganlah pula kita terlalu sibukkan diri dengan mementingkan persediaan menyambut hari raya sehingga melupakan dan meringan-ringan amal ibadah .

Jom cari Lailatul Qadar

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :

  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah.
  1. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  1. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan pembebasan dari azab api neraka.
  1. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.

Maksudnya : " dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada-mu mengenai aku, maka ( beritahu kepada mereka ) sesungguhnya aku ( Allah ) sentiasa hampir ( kepada Mereka ), aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku ( dengan mematuhi perintahku ), dan hendaklah mereka beriman kepada aku supaya mereka menjadi baik serta betul " . ( Surah al-Baqarah ayat: 186 )

Wednesday, August 26, 2009

Kelebihan Ramadan

    Kelebihan Ramadan
  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :


    1. (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :


      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)


    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)


    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)


    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)

    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).

Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi