SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

WAKTU SOLAT

Kuala Lumpur
[Tukar Lokasi]

  GMT   8   Arah Kiblat   292° 31′ 16″
Waktu Solat
  Imsak      5:36   Subuh      5:46   Syuruk      7:01   Zohor      13:06   Asar      16:16   Maghrib      19:08   Isyak      20:17

Thursday, May 12, 2011

HAMFEST MALAYSIA 2011


aslkm,salam sejahtera kepada semua pengujung blog ni,pada tahun ni,sekali lagi HAMFEST MALAYSIA akan diadakan di menara kuala lumpur pada 14-15 may 2011.jom kita pakat ramai-ramai ke hamfest malaysia,banyak aktiviti yang disediakan serta terdapat pameran-pameran yang menarik daripada jabatan pertahanan awam,bulan sabit merah,polis dan kelab-kelab radio amatur dan pelbagai lagi.
disampingan itu jugak boleh bersalaman didaratan dengan rakan-rakan ham dari pelusuk malaysia serta rakan ham dari seberang(indonesia).jom,moh kite,mari pakat gi, ke HAMFEST MALAYSIA 2011.untuk maklumat lanjut mengenai HAMFEST MALAYSIA 2011 sila KLIK.




Wednesday, March 30, 2011

AGM ASTRA KE-14 BESERI PERLIS PADA 16 APRIL 2011



aslkm,salam sajahtera.ku harap semua pengujung dan rakan-rakan sihat-sihat serta ceria selalu.jom kita pakat ramai-ramai gi agm astra ke-14 bertempat dewan kemas alor tampang beseri perlis pada 16 april 2011.
di samping menghadiri mesyuarat ,boleh lah bertentang mata dengan rakan-rakan serta bersalam didaratan..
berkongsi ilmu serta tukar-tukar pengalaman masing-masing.ada kelapangan turun-turun lah ke daratan....hehehhehe,sebelum ni dok kenal suara je.agm ni boleh lah tengok rupa plk..
de..73 & 88















Monday, February 21, 2011

KRUSUS@PUTRI RESORT-AYER KEROH MELAKA



9w2AET dan AKU-jom main paintball...tembak ramai-ramai,sakit seorang-seorang


ambik seorang satu,lepas tu....jom gi perang,hehehehhe


kena dera dengan samurai celup................


aslkm,salam satu malaysia dan salam sejahtera,....18-20/2/2011.tempat mengadakan krusus di putri resort,ayer keroh melaka...aku enjoy walaupun dalam keadaan yg masih kesedihan...yang penting dapat menambah ilmu pengetahuan serta memperlajari sesuatu yg baru..aku sangat berterima kasih pada majikan aku,lain hari buat lagi hehhe.putri resort mmg cun.tp aircond bilik hempeh..x sejuk.krusus x ada bosan sangat,banyak games...sampai sakit urat badan.lebam satu badan aku kena tembak masa aktiviti paintball.syabas dan taniah kepada pengajur dan tenaga pengajar..aku tengak semua staff enjoy dan fun...
kata orang buang keroh ambik yang jernih...baru lah kita bersatu hati dan kukuh.janji dapat hilangkan tekanan..



APA PUN HIDUP MESTI CERIA SELALU.........73




















Monday, January 31, 2011

PERGI







aslkm,salam sejahtera kpd semua pengunjung blog saya.pada tarikh 26/01/2011 lebih kurang jam 0100,isteri kesayangan saya telah meninggal dunia di rumah.akibat sakit kanser tulang..saya sekeluarga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu serta memberi sokongan dan nasihat.jasa baik rakan-rakan hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas nya...ALFATIHAH


sekian terima kasih...................73


Wednesday, December 29, 2010

Program Eyeball & DXing Diambang Tahun Baru 2011

Aslkm,salam sejahtera,salam 1 malaysia...jom kito pakat gi ramai-ramai,bersua muka,berkenalan didaratan,bertukar-tukar pandangan serta pendapat.DATANG JANGAN TAK DATANG....
insyaallah jumpa di sana....


Tarikh : 31/12/2010
Masa : bermula 8:00pm - penat...
Tempat : Kompleks Sukan Tmn Tasik Titiwangsa, K.Lumpur­ ­

Event Callsign: 9M4CHM
Bayaran: 1 pax - RM20.00
1 family - RM30.00

(nota: Makanan & Minuman dan Goodies Bag disediakan)

Marilah beramai-ramai menjayakan majlis tersebut disamping berkenal mesra sesama rakan2 peminat radio amatur.. Sekian


info dari : http://astra-tengah.blogspot.com/

Monday, October 11, 2010

RAE 2010/4 ................DATANG LAGI,JOM KITA PAKAT GI AMBIK RAE








Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.
Tarikh/Masa Peperiksaan:  22 Disember 2010 / Jam 2:00 Petang
Tempat Peperiksaan:  Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak
Tarikh permohonan dibuka:  11 Okt 2010
Tarikh Tutup permohonan:  29 Okt 2010, Jam 5:00 ptg

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan- pautan berikut:

Pemberitahuan.pdf 
Borang_Permohonan_RAE 

TUNGGU APA LAGI ,DAFTARLAH SEKARANG..................JUMPA DISANA...73

Monday, September 27, 2010

OPEN HOUSE AKRAB WILAYAH TENGAH


Aslkm,salam sejahtera dan salam 1malaysia.semalam aku telah menghadiri open house anjuran akrab wilayah tengah di kampung melayu subang,aku tiba lebih kurang jam 6ptg.suasana meriah dengan kehadiran rakan-rakan,kebanyakannya berasal dari sebelah pantai timur.terima kasih aku ucapan kepada pihak akrab wilayah tengah,9W2CDK.9W2XSL,9W2PRA,9W2SDA.kerana mengadakan open house itu,makanan memang sedap.kalau ada rezeki tahun depan buat lagi,hehehehe.AKRAB DIUDARA,AKRAB DIDARATAN.....73