SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

SILA MASUKKAN LINK ANDA DISINI

WAKTU SOLAT

Kuala Lumpur
[Tukar Lokasi]

  GMT   8   Arah Kiblat   292° 31′ 16″
Waktu Solat
  Imsak      5:36   Subuh      5:46   Syuruk      7:01   Zohor      13:06   Asar      16:16   Maghrib      19:08   Isyak      20:17

Wednesday, December 29, 2010

Program Eyeball & DXing Diambang Tahun Baru 2011

Aslkm,salam sejahtera,salam 1 malaysia...jom kito pakat gi ramai-ramai,bersua muka,berkenalan didaratan,bertukar-tukar pandangan serta pendapat.DATANG JANGAN TAK DATANG....
insyaallah jumpa di sana....


Tarikh : 31/12/2010
Masa : bermula 8:00pm - penat...
Tempat : Kompleks Sukan Tmn Tasik Titiwangsa, K.Lumpur­ ­

Event Callsign: 9M4CHM
Bayaran: 1 pax - RM20.00
1 family - RM30.00

(nota: Makanan & Minuman dan Goodies Bag disediakan)

Marilah beramai-ramai menjayakan majlis tersebut disamping berkenal mesra sesama rakan2 peminat radio amatur.. Sekian


info dari : http://astra-tengah.blogspot.com/

Monday, October 11, 2010

RAE 2010/4 ................DATANG LAGI,JOM KITA PAKAT GI AMBIK RAE








Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri ke empat bagi tahun 2010 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.
Tarikh/Masa Peperiksaan:  22 Disember 2010 / Jam 2:00 Petang
Tempat Peperiksaan:  Wilayah Utara, Tengah, Timur, Selatan, Sabah dan Sarawak
Tarikh permohonan dibuka:  11 Okt 2010
Tarikh Tutup permohonan:  29 Okt 2010, Jam 5:00 ptg

Untuk maklumat lanjut sila layari pautan- pautan berikut:

Pemberitahuan.pdf 
Borang_Permohonan_RAE 

TUNGGU APA LAGI ,DAFTARLAH SEKARANG..................JUMPA DISANA...73

Monday, September 27, 2010

OPEN HOUSE AKRAB WILAYAH TENGAH


Aslkm,salam sejahtera dan salam 1malaysia.semalam aku telah menghadiri open house anjuran akrab wilayah tengah di kampung melayu subang,aku tiba lebih kurang jam 6ptg.suasana meriah dengan kehadiran rakan-rakan,kebanyakannya berasal dari sebelah pantai timur.terima kasih aku ucapan kepada pihak akrab wilayah tengah,9W2CDK.9W2XSL,9W2PRA,9W2SDA.kerana mengadakan open house itu,makanan memang sedap.kalau ada rezeki tahun depan buat lagi,hehehehe.AKRAB DIUDARA,AKRAB DIDARATAN.....73




Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



SELAMAT HARI AIDILFITRI-2010.SAYA SEKELUARGA MENYUSUN SEPULUH JARI MEMOHON KEMAAFAN,KALAU ADA TERKASAR BICARA,TERSILAP KATA.TERGURISAN HATI DAN PERASAAN RAKAN-RAKAN.

JANGAN MAIN MERCUN.....BAHAYA
ASLKM........73

SELAMAT PULANG KE KAMPUNG DAN SELAMAT KEMBALI

ASLKM,salam lebaran kepada semua rakan-rakan,suka saya ingat kepada rakan -rakan dan diri saya sendiri ,pandu lah kereta dengan berhati-hati,jangan perasaan ikut had laju yg ditetapkan.JANGAN JADIKAN KEPULANGAN ANDA KALI NI DISAMBUT DENGAN TANGISAN........

dibawah saya serta jadual dan kawasan rehat dan rawat(RNR) dimalaysia.BERHENTI JIKA MENGATUK DAN PENAT,BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT


There are 24 RSAs on the PLUS Expressways.
Northbound
Rest and Service Area Location
Gelang Patah KM5.7
Machap KM74.6
Pagoh KM146.6
Ayer Keroh KM205.1
Mambau KM12.5
Seremban KM272.2
Dengkil KM23.5
Rawang KM440.0
Tapah KM332.3
Sungai Perak KM249.3
Gunung Semanggol KM196.0
Gurun KM81.1
Southbound
Rest and Service Area Location
Gelang Patah KM5.7
Machap KM74.6
Pagoh KM146.6
Ayer Keroh KM205.1
Mambau KM12.5
Seremban KM272.2
Dengkil KM23.5
Ulu Bernam KM440.0
Tapah KM332.3
Sungai Perak KM249.3
Gunung Semanggol KM196.0
Gurun KM81.1                                







Sunday, September 5, 2010

9W2MDY TERLIBAT DALAM KEMALANGAN




aslkm,pagi-pagi telefon ku berdering(sms) dari rakan ,pak madi(9w2mdy) terlibat dalam kemalangan di shah alam,semalam baru je jumpa kat club house astra tengah.terkejut jgk aku...lps hantar xyl,terus aku gerak ke hospital klang..alhamdullilah pak madi selamat walaupun 3 tulang rusuk retak.kemalangan melibatkan 3 rakan ,kereta yg dipandu 9w2BGQ,penumpang 9W2MDY dan 9W2DNO,di shah alam menuju ke umah pak madi,bertembung dgn 4x4 trinton yg dtg dari arah bertentangan..9W2DNO dan 9W2BGQ dirawat sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang kerumah,pak madi masih lagi di hospital klang wad 3B katil.sama-sama kita berdoa agar pak madi cepat sembuh....dan kembali ceria,AMIN.......73

BERBUKA POSE D CLUB HOUSE ASTRA TENGAH-4/10/2010






















aslkm,salam 1 malaysia,semalam aku dan my love pergi ke club house astra tengah untuk berbuka pose bersama rakan-rakan,majlis meriah walaupun  ala kadar,yang penting dapat jumpa rakan-rakan,hehehe.bukan apa boleh lah kita bersalaman didaratan dan bermaaf-maafan sebelum pulang ke kampung.....lama jugak lah aku lepak kat club house,makin malam,makin ramai rakan-rakan yang datang...jam lebih kurang pukul 11 lebih aku dan my love bergerak pulang ke puchong....mata dah tak larat...terima kasih kepada semua rakan-rakan,makanan memang sedap,SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN,MEMANDU BERHATI-HATI,KEPULANGAN ANDA DI SAMBUT DENGAN SENYUMAN BUKAN DENGAN AIR MATA,INGAT ORANG YANG TERSAYANG.....JANGAN MAIN MERCUN TAU......aslkm,73.

Wednesday, September 1, 2010

Program Mesra Bersama 9M4RBC

Tarikh: 4 / 9 / 2010 (Sabtu)
Masa: Bermula 6:30pm
Tempat: Clubhouse ASTRA Wilayah Tengah
No 5A Jln. Pengeluaran U1/78, Batu 3 Light Industrial Park,
40150 Shah Alam Selangor


Aturcara:
7pm - 10pm : Berbuka, Solat Maghrib & Isyak, Terawih..
after 10pm : Eyeball

...Konsep:

1) Potluck - sila bawa juadah berbuka sekadar yang termampu.. Air minuman disediakan.
2) lite & easy..
3) berkebajikan...

jom kita pakat gi...bersalam-salaman,bermaaf-maafan ,bertenteng mata,sempana bulan ramadhan serta hari raya yang akan tiba tak lagi...RAMAI BARU CERIA.............73

sumber diperolehi dari  astra tengah

Thursday, August 26, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 53



1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI

Aslkm.salam sejahtera,salam 1malaysia.pada 31/08 setiap tahun(bermula dari tahun 1957) negara kita akan menyambut hari kemerdekaan .bersama-sama lah kita menghayati ,dan mempertahankan kemerdekaan tanah air kita.

Sambutan Kemerdekaan negara di London pada 31 Ogos 1957 telah diadakan di Malaya House, No. 57, Trafalgar Square. Bendera Persekutuan telah dinaikkan selepas pengisytiharan Kemerdekaan dibacakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di United Kingdom iaitu Encik Nik Ahmad Kamil. Acara sambutan secara besar-besaran yang bermula sejak 26 Julai tahun itu telah berlangsung selama 36 hari dan dimeriahkan oleh lebih 1,000 pelajar dari Tanah Melayu yang berada di United Kingdom.

Sumber: Arkib Negara Malaysia

MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA................................73


Saturday, August 14, 2010

HASIL BERASAPKAN DAPUR SENDIRI,

Aslkm,salam 1malaysia.setelah lama dapur aku tak berasap,hari ni aku masak juadah buka pose,lagi pun hari ni aku free,lepas hantar xyl gi kerja,aku terus gi beli barang-barang untuk masak,cadang-candang 3 jenis,1 lauk,1 dalca,satu nasi.



barang-barang yang dibeli,hr ni aku ada operasi berasapkan dapur,hehehehe



selepas operasi hasil,nasi hujan panas,dalca daging,ayam bakar.apa lagi mai lah kito make....

hari ni aku rasa puas hati hasil masakan,rasa sampai menjilat jari,lain boleh try lagi,yang penting xyl suka,lagi lah tambah sayang,hehehe.............cubalah di umah....sekian,73


AKHIRNYA SEMPAT JUGAK UPLOAD GAMBAR HAMFEST 2010 NI...........

aslkm,salam 1 malaysia,sorry rakan-rakan semua,saya agak sibuk sejak 2menjak ni dengan tugusan kerja dan urusan keluarga,gambar hamfest dah lama saya simpan ,cuma nak upload je x sempat.ramai rakan-rakan tanya bila nak letak gambar hamfest kat blog,......antara gambar sekitar hamfest malaysia 2010.........















sekian,73

Monday, August 9, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN


Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri-Negeri Seluruh Malaysia
Tahun 1431H/2010M sila klik DISINI


Selamat Beribadah dibulan ramadhan,semoga kedatangan bulan ramadhan ni membawa kerahmatan kepada semua.AMIN.....73

Monday, July 26, 2010

CW 2010/3-KOD MORSE

untuk keterangan lanjut klik link disini
jom pakat gi ambik 9M ,................aslkm,73.SELAMAT BERJAYA

Saturday, July 24, 2010

KLUANG RAIL COFFEE




ASLKM,SALAM 1 MALAYSIA.baru-baru ni saya dan 9W2AET singgah di kluang rail coffee,sebelum bertolak balik ke kawasan tengah.sambil pekena kopi dengan roti bakar,blh jumpa rakan-rakan ham kluang..sambil di kluang rail coffee,AET oder 3 jenis roti bakar,3 macam roti kukus(tengok badanlah hehehehehe)semua menu nk cuba,semuanya rasa tip top.sampai jilat jari..dah habis 6 pinggan rotibakar dan kukus ,sampailah rakan ham kluang,seperti yang dijanji..abg jek dan abg shah,taniah pada 9w2JEK kerana telah menjadi bapa.lama tidak jumpa makin hensem rupanya....abg shah dan abg jek ajak kami ke markas kluang,tapi kami tidak pergi takut esok pagi baru jumpa tangga umah,tak pasal-pasal saya kena tido depan pintu....mungkin lain kali kami singgah lagi,apa pun terima kasih sudi turun didaratan jumpa kami....insyallah jumpa lagi....73

Thursday, July 22, 2010

BUBUR NASI ISTIMEWA NO1 @TAMAN SENTOSA JOHOR

ASLKM,SALAM 1MALAYSIA.minggu ni,saya dan 9W2AET,pergi ke senai johor atas urusan kerja.kami menginap di kulaijaya.seperti biasa,bila berada dinegeri orang,saya tidak lepas peluang mecuba makanan di negeri ni.sambal kicap tidak asing bagi negeri johor,hehehhehe.alhamdullilah reapeter pulai berkerja dengan baik,dapat berQSO dengan rakan-rakan diudara walaupun jauh dari kawasan tengah.sebelah malam saya dan AET pergi membedal bubur kat taman sentosa di johor,(menyelam sambil minum air)hehehehe,bubur nasi memang sedap,tip top.walaupun hari hujan ,orang ramai tak putus-putus,membeli bubur nasi.kalau rakan-rakan ke selatan jangan lupa singgah di taman sentosa jb.tp hari isnin kedai tutup,(saya dah terkena,pergi-pergi tengok kosong,yang ada parking kereta je,hehehehe) habis makan ,saya dan AET balik hotel tido...esok mahu kerja......





sekian ,terima kasih...........73

Wednesday, July 14, 2010

HAMFEST MALAYSIA 2010





Kenyataan Akhbar 13/07/10

HAMFEST MALAYSIA 2010

1. Hamfest Malaysia 2010 akan dianjurkan di Tapak Menara Kuala Lumpur pada 30, 31 July dan 1 August 2010. Hamfest Malaysia yang pertama kali diadakan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada orangramai berkenaan dengan konsep pengunaan Radio Dua-Hala semasa aman dan bencana di Malaysia.

2. Festival ini akan disertai oleh Kelab-kelab Radio Amatur dari seluruh negara dan juga agensi-agensi kerajaan yang menggunakan kemudahan radio komunikasi dua-hala UHF, VHF dan HF.

3. Sesi penerangan daripada agensi-agensi kerajaan akan diatur untuk memberi penerangan lanjut kepada pengunjung-pengunjung mengenai peraturan-peraturan pengunaan Radio Amatur di Malaysia.

Sesi penerangan oleh Syarikat pengeluar sistem Radio Dua-hala seperti Yaesu, Kenwood dan juga Icom akan turut dilangsungkan.

4. Pameran pengunaan Radio Komunikasi oleh Agensi Kerajaan seperti PDRM, JPAM, BOMBA, ATM dan juga SMART akan turut diadakan di Tapak Perkemahaan berdekataan dengan lokasi utama pameran.

5. Aktiviti-aktiviti yang boleh disertai oleh pengunjung adalah seperti berikut:

a. Aktiviti Skill-Stations – Pengenalan kepada Radio Komunikasi, Berkomunikasi di frekunsi VHF dan HF. Menaikan antenna diapole HF, Mempelajari teknik navigasi dan bacaan peta.

b. Fox Hunting – Mencari lokasi pemancar beacon dengan menggunakan teknik pencarian melalui Radio Dua-Hala.

c. Distance Contact Contest (DX COntest) – Mendapatkan contact rakan-rakan Amatur di seluruh dunia.

6. Hamfest Malaysia 2010 juga dibuka kepada orangramai dan murid-murid sekolah. Kerjasama dengan Kementerian Pelajaran akan dilakukan untuk membolehkan ianya dihadiri oleh murid-murid semasa waktu persekolahan.

7. Maklumat lanjut:

Lokasi : Tapak Menara Kuala Lumpur

Tarikh : 30-31 Julai dan 1 August 2010

Laman web : www.hamfest.my

Penganjur : Azli Paat (0193398905 – azlipaat@gmail.com)

Urusetia : LT. (B) Khairul Annuar ( 014 2256729 )



jom kite pakat gi ramai-ramai,boleh kenal didaratan sambil,mengeratkan silaturahim serta dapat menambahkan ilmu pengetahuan........dalam bidang komunikasi.hehehe,jumpa disana,aslkm.73

Tuesday, July 13, 2010

PAMERAN RADIO D KARNIVAL SUKAN SEK6 SHAH ALAM





Aslkm,salam 1 malaysia,pada ahad minggu lepas,saya sempat menjenguk rakan-rakan dipameran radio amatur di sek 6 shah alam sempena karnival sukan,suasana meriah dengan pelbagai acara dan gelegat kanak-kanak mahupun yang dewasa,walaupun pada sebelah petang nya,hari hujan.dapatlah bertetang mata dengan rakan-rakan,selalu dengan audio je,kat luar wajah rakan-rakan semuanya macho-macho.hehehehe.Alhamdullilah,dengan pameran seperti ni dapat rakan-rakan ham memperkenalkan cabang bidang komunikasi ni kepada penduduk setempat supaya bidang radio amatur ni dapat berkembang serta tidak disalah tasifkan ,kerana rakan-rakan ham sering kali di anggap sebagai tonto ataupun callman....hehehehe,yang penting dapat tali persuadaran antara sesama kita dan penduduk setempat...ramai baru ceria,73 aslkm.


 
Posted by Picasa

Sunday, July 11, 2010

SEJENAK D KUALA LIPIS PAHANG

Aslkm,salam 1 malaysia,semalam saya sekeluarga ke kuala lipis kerana ada acara akad nikah kawan baik.pukul 3.45 ptg saya sekeluarga bergerak dari puchong sambil di temani audio rakan-rakan di reapeter 9M4RGA dan 9M4RGH.pkl 6.30ptg saya sekeluarga sampai di kuala lipis,pahang.saya terus QSY ke v24,kedengaran audio 9W2LPS,terus saya sahut panggilan abg jem(9w2lps),abg jem bawak saya sekeluarga ke kedai makan...sempat lah sekejap bertetang mata dengan 9w2lps dan rakan-rakan,kerana acara akad nikah bermula lepas solat maghrib.kata orang menyelam sambil minum air..hehehehe.lepas jumpa rakan-rakan ham kuala lipis,terus gerak ke lokasi akad nikah yang tak berapa juah dari lokasi kedai makan.pkl 11malam,saya sekeluarga bergerak pulang ke puchong..terima kasih rakan-rakan ham kuala lipis...73

Wednesday, July 7, 2010

GOTONG- ROYONG CLUB HOUSE ASTRA TENGAH(4/7/2010)



aslkm,salam 1 malaysia,baru-baru astra tengah telah mengadakan gotong royong club house bagi astra wilayah tengah yg bertempat di shah alam.ramai jugaklah rakan ham mengahadirkan diri untuk bersama-sama membersihkan club house itu.dengan ada nya club house ini dapat rakan-rakan berkumpul di satu tempat sahaja,terima kasih kepada tuan punya tempat yg sanggup memberi tempat bagi kegunaan rakan-rakan ham mempergunakan,bersama-sama kita menjaga club house ni.walaupun masih baru dan kurang peralatan serta kelengkapan,tapi itu bukan satu masalah(kata orang :sikit-sikit dulu, lama-lama jadi banyak) ringan sama dijijing berat sama-sama kita pikul.biar susah dahulu nanti senang kemudian.terima kasih pada rakan-rakan hadir ,dan abg kamal(9m2vol) atas juadah yg disediakan serta rakan-rakan yang menyumbangkan peralatan,jasa rakan-rakan ALLAH sahaja yg mampu membalasnya..aslkm........73

GAMBAR SEKITAR GOTONG-ROYONG CLUB HOUSE ASTRA TENGAH